≡ Menu

Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Belia Sukan S41

Peperiksaan Pegawai Belia Sukan S41 ambilan 2015 akan melibatkan penambahan satu Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik Pegawai Belia Sukan. Ujian ini tidak banyak bezanya dengan Ujian Sahsiah dan Minat. Berikut sedikit informasi berkaitan Ujian Psikometrik SPA dan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Belia Sukan.

TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI BELIA SUKAN DIADAKAN

Tujuan utama Ujian Psikometrik Pegawai Belia Sukan diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.

Ujian ini dikenali juga dengan Ujian Psikologi SPA, Ujian Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA. Tujuannya jelas, ingin memilih calon yang mempunyai daya pemikiran yang sesuai dengan jawatan yang akan di jawat nanti.

Ujian Psikometrik Pegawai Belia Sukan (Ujian Psikologi SPA) ini merupakan salah satu Seksyen wajib jawab bagi calon Pegawai Belia Sukan 2015 setelah Peperiksaan Pegawai Belia Sukan kali ini diadakan secara online.

Ia merupakan Seksyen peperiksaan khas bagi mengantikan Seksyen Esei Bahasa Melayu dan Inggeris.

Lulus Seksyen ini juga merupakan syarat penting dalam pengambilan Pegawai Pegawai Belia Sukan Malaysia. Berdasarkan peranan dan tugas seorang Pegawai Belia Sukan yang pelbagai, seorang calon layak perlulah mempunyai ciri kepimpinan dan pemikiran positif.

UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI BELIA SUKAN

Masa : 15 minit
Soalan : 36 (aneka pilihan)

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Seksyen Ujian Psikometrik Pegawai Belia Sukan dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.

Konsep ujian Psikologi sama seperti ujian Fizikal yang diadakan, ia cenderung untuk memilih calon yang layak dari segi pemikiran.

Baca juga: Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai Belia Sukan

Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Pegawai Belia Sukan.

Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

SKOP SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK/PENAKSIRAN PERSONALITI SPA

Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;

  • Kemahiran Berfikir
  • Sikap
  • Perwatakan
  • Emosi
  • dan lain-lain

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.

Baca juga: Contoh Soalan Matematik Pegawai Belia Sukan

Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI BELIA SUKAN

Penilaian Ujian Psikometrik, Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Berikut merupakan contoh soalan yang mungkin di tanya dalam ujian.

Ujian Sahsiah dan Minat Pegawai Belia Sukan Ujian Psikologi SPA

Soalan Ujian Psikometrik

 

DAPATKAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA

Anda ingin dapatkan contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Belia Sukan S41? Ingin ketahui bagaimana menjawab? Calon kini tidak perlu risau dengan adanya panduan khas peperiksaan Pegawai Belia Sukan S41 yang akan dikeluarkan nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Langganan melayakkan anda mendapatkan Preview Copy Percuma

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Pegawai Belia Sukan S41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Pegawai Belia Sukan S41. Anda boleh mendapatkan panduan tersebut nanti.

Kepada calon Peperiksaan Pegawai Belia Sukan 2015 yang telah melanggan, anda hanya menunggu email pembelian yang akan di hantar terus ke email anda. Pastikan anda tidak terlepas.

Comments on this entry are closed.