Pihak kami ingin berkongsi sedikit tentang proses pengambilan Pegawai Belia dan Sukan S41 yang mana sebahagian dari kita masih kabur tentang aliran proses pengambilan pegawai yang akan berkhidmat di bawah jawatan ini.

Sebagai satu kerjaya pilihan, anda perlu tahu tentang proses pengambilan ini agar memudahkan anda membuat persediaan rapi nanti.

Bagi memasuki perkhidmatan Pegawai Belia dan Sukan S41, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my.

Jika anda layak dan menepati syarat pengambilan Pegawai Belia dan Sukan S41, maka anda akan di panggil untuk menduduki perperiksaan nanti.

Proses Pengambilan PEGAWAI BELIA DAN SUKAN Malaysia

PROSES PENGAMBILAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Secara umumnya, semua calon akan melalui beberapa tapisan sebelum mereka dilantik sebagai Pegawai Belia dan Sukan S41.

i) Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan Pegawai Belia dan Sukan S41 ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:

  • Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
  • Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
  • Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
  • Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

UPDATE PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI BELIA DAN SUKAN 2015

Calon layak menduduki Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41 2015 yang akan diadakan secara online hanya perlu menjawab tiga Seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik).
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik Pegawai Belia dan Sukan S41

Di atas merupakan format terkini Peperiksaan Online Pegawai Belia Sukan. Lihat juga contoh soalan Pegawai Belia dan Sukan S41.

 iii) Temuduga Pegawai Belia Sukan S41

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai Pegawai Belia dan Sukan S41 adalah temu duga yang dijalankan oleh panel penemuduga SPA.

Penilaian calon semasa akan dilakukan oleh panel penemuduga SPA untuk menyisihkan calon layak atau tidak bagi menjawat jawatan ini.

Calon yang lulus temuduga Pegawai Belia Sukan akan berpeluang menjawat jawatan ini.

DAPATKAN PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Panduan temuduga kerja kerajaan merupakan rujukan utama yang dikeluarkan oleh pihak kami untuk membantu calon temuduga kerajaan. Ini termasuk calon temuduga Pegawai Belia dan Sukan S41.

Panduan ini merupakan rekomendasi utama kami khas untuk membantu calon temuduga kerja kerajaan. Pihak kami cadangkan anda preview dahulu kandungan utama panduan tersebut dan terus membuat pembelian melalui link di bawah.

APA SEBENARNYA PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman, Panduan ini merupakan himpunan lengkap koleksi rujukan temuduga sektor awam dan swasta yang banyak membantu calon temuduga Kerja Kerajaan sebelum ini.

Berikut antara kandungan utama Panduan Rahsia Bijak Temuduga.

[+] Persediaan Menghadapi Temuduga Pegawai Belia dan Sukan S41
[+] Soalan Lazim Killer Temuduga Kerja Kerajaan
[+] Checklist Temuduga
[+] Peta Minda Rujukan Pantas
[+] Pengalaman Temuduga Sektor Swasta – Pengalaman Sebenar Calon
[+] Pengalaman Temuduga Sektor Awam – Pengalaman Sebenar Calon

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas temuduga ini, anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu atau terus ke laman jualan di bawah.

Seperti biasa hebahan jualan juga akan dilakukan terus ke email calon-calon yang mendaftar dengan laman Pegawai Belia dan Sukan.

Pegawai Belia dan Sukan S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41

atau, daftar dan langgan sebagai pembaca untuk download ebook 15 Sebab Anda GAGAL Temuduga secara percuma

Kredit gambar: ShutterStock